Phone Clone Ialah Cara Mudah Untuk Anda Bertukar Ke Huawei Mate 20 Tanpa Kehilangan Fail Lama 0 206

Bertukar ke peranti baharu kadang-kala menyusahkan pengguna. Kemungkinan fail gambar, video, kontak, dan nota yang disimpan akan hilang atau perlu melalui proses pemindahan menerusi komputer. Hal ini tidak akan berlaku jika anda bertukar ke peranti Huawei Mate 20 atau Huawei Mate 20 Pro kerana fungsi Phone Clone akan memudahkan proses migrasi anda.

Baca juga: Jualan Pertama Siri Huawei Mate 20

Oleh kerana itu, hari ini pihak Huawei telah berkongsi bagaimana anda boleh lakukan pemindahan fail data dalam cara yang termudah. Jika anda daripada platfom iOS atau Android sedia ada, tiga langkah mudah ini mungkin dapat membantu anda mendapatkan siri Huawei Mate 20 tanpa perlu berfikir panjang.

Android ↓

Langkah 1:

Buka aplikasi “Phone Clone” pada peranti baru dan cipta kod QR dengan memilih “This is the new phone”.

Langkah 2:

Buka aplikasi “Phone Clone” pada peranti lama yang telah dimuat turun daripada Play Store, seterusnya pilih “This is the old phone” sebelum mengimbas QR code pada peranti baru. (untuk sambungan Wi-Fi)

Langkah 3:

Pilih fail data mana yang ingin dipindahkan dengan menekan butang “Transfer”. Selepas itu, tekan “Finish” untuk tamatkan proses.

iOS ↓

Langkah 1:

Buka aplikasi “Phone Clone” pada peranti baru dan pilih “This is the new phone”. Ini akan membenarkan peranti baru menjadi Wi-Fi hot spot. Anda akan melihat nama Wi-Fi peranti baru anda bersama kata laluan.

Langkah 2:

Kembali ke peranti lama dan sambungkan Wi-Fi diikuti kata laluan Wi-Fi yang tertera pada peranti baru.

Langkah 3:

Seterusnya pilih fail data yang ingin dipindahkan ke peranti baru.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend