Petanda Vivo Malaysia Akan Bawa Masuk Vivo V15 Dan V15 Pro Tidak Lama Lagi Comments Off on Petanda Vivo Malaysia Akan Bawa Masuk Vivo V15 Dan V15 Pro Tidak Lama Lagi 782

Kamera periskop pada telefon pintar telah diperkenalkan oleh Vivo melalui Vivo Nex. Secara asasnya kamera ini disembunyikan di dalam kerangka dan akan keluar sebaik kamera dilancarkan. Penggunaan kamera seperti ini nampaknya akan diperluaskan ke model seterusnya Vivo V15 dan V15 Pro tidak lama lagi.

Melalui video acah yang dikongsi oleh Vivo Malaysia baru-baru ini, Vivo V15 dan V15 Pro akan hadir dengan kamera swafoto 32MP periskop pertama di dunia. Ini juga menjadi petanda awal pasaran Malaysia akan menerimanya tidak lama lagi.

Selain daripada itu, ia mungkin dilengkapi paparan skrin 6.39-inci Super AMOLED, cipset Snapdragon 675, memori sebesar 6GB RAM dan 128GB storan. Baterinya pula sebesar 3,700mAh dan dipadankan kamera belakang 48MP + 8MP + 5MP.

Vivo V15 dan Vivo V15 Pro akan dilancarkan secara rasmi pada 20 Februari 2019 di India dengan harga bermula Rs 25,000 (~RM1,422).

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend