Permohonan Tanda Dagang Pocophone F2 Mula Terdedah, Mungkinkah Ia Akan Dilancarkan?! Comments Off on Permohonan Tanda Dagang Pocophone F2 Mula Terdedah, Mungkinkah Ia Akan Dilancarkan?!

Diperkenalkan pada Ogos 2018 yang lalu, sub-jenama Xiaomi iaitu Poco telah berjaya mendapat perhatian banyak pihak sehingga tercetusnya penggunaan tanda pagar #BaikBeliPoco secara meluas di Internet.

Selepas lebih setahun tiada berita mengenai kehadiran generasi kedua peranti popular ini, baru-baru ini permohonan tanda dagang untuk Pocophone F2 telah mula didedahkan. Berdasarkan dokumen itu, Xiaomi telah memfailkan tanda dagang untuk nama Poco F2 yang jelas merujuk kepada generasi kedua Pocophone F1 sebelum ini.

This slideshow requires JavaScript.

Bahkan sebelum ini Alvin Tse selaku Ketua Pocophone Global juga pernah memberi klu tentang kehadiran Pocophone F2 pada tahun 2020. Sunggupun begitu, butiran terperinci berhubung tarikh pelancaran dan juga sokongan spesifikasinya masih lagi kekal misteri buat masa ini.

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend