Permohonan Pengeluaran i-Lestari Di KWSP Kini Dibuka, Berikut Adalah Cara Untuk Memohon Comments Off on Permohonan Pengeluaran i-Lestari Di KWSP Kini Dibuka, Berikut Adalah Cara Untuk Memohon

Seperti yang telah diumumkan sebelum ini, kemudahan untuk membuat pengeluaran i-Lestari dari Akaun 2 oleh pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini telahpun dibuka untuk permohonan.

Inisiatif ini telah diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia sebagai sebahagian daripada pakej rangsangan ekonomi dan bantuan untuk rakyat ketika menghadapi saat sukar.

Melalui inisiatif ini, pencarum KWSP boleh mengeluarkan maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan tertakluk kepada jumlah simpanan di dalam akaun 2 pada bulan permohonan dibuat.

Berikut adalah cara yang boleh anda ikuti untuk membuat permohonan pengeluaran i-Lestari:

Langkah 1

Buka laman sesawang rasmi KWSP di https://www.kwsp.gov.my/ms/home. Seterusnya klik butang ‘LOG MASUK’ pada ruangan ‘Saya Ahli (i-Akaun)’.

Langkah 2

Log masuk ‘USER ID’ dan juga ‘PASSWORD’ akaun i-Akaun KWSP anda.

Langkah 3

Seterusnya klik pada menu ‘PENGELUARAN’ yang terdapat pada bahagian atas skrin.

Langkah 4

Di dalam menu ‘e-Pengeluaran’ anda perlu klik pada butang ‘Permohonan Baru’.

Langkah 5

Pada ruangan ‘Jenis Pengeluaran’ pilih ‘i-Lestari’, dan satu tetingkap yang memaparkan notis penting permohonan e-Pengeluaran akan muncul. Baca dan kemudian klik pada butang ‘OK’.

Langkah 6

Seterusnya masukkan butiran di dua ruangan wajib iaitu ‘Amaun Dimohon’ (maksimum sehingga RM500) dan juga pada ‘Butiran Akaun Bank’ (nama bank dan no. akaun).

Langkah 7

Anda akan dibawa ke laman berikutnya yang memerlukan anda membuat permohonan TAC. Sebelum itu anda dikehendaki menandakan ruangan ‘Perakuan’, klik pada butang ‘SETUJU’ dan diikuti dengan butang ‘Sahkan’.

Langkah 8

Masukkan nombor TAC yang diterima melalui teks mesej pada nombor telefon yang telah didaftarkan. Kini permohonan pengeluaran i-Lestari anda telahpun berjaya dihantar untuk diproses oleh KWSP.

Kaedah alternatif pengeluaran i-Lestari:

Sekiranya anda tidak memiliki i-Akaun, permohonan juga boleh dibuat secara emel kepada [email protected] ataupun melalui pos/pos berdaftar ke alamat seperti berikut:

  • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Karung Berkunci No 220, Jalan Sultan 46720 Petaling Jaya (Pengeluaran iLestari)

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend