Permainan Sekuel Berasaskan Strategi Kad – ‘Mobile Legends: Adventure’, Bakal Dilancarkan Hujung Julai 2019 Comments Off on Permainan Sekuel Berasaskan Strategi Kad – ‘Mobile Legends: Adventure’, Bakal Dilancarkan Hujung Julai 2019 229

Bagi peminat permainan mudah alih berasaskan strategi kad dan juga RPG, khususnya peminat permainan mudah alih ‘Mobile Legends: Bang Bang’ (MLBB), pembangun popular iaitu Moonton bakal membawakan permainan sekuel untuk MLBB dengan ketibaan permainan ‘Mobile Legends: Adventure’(MLA).

Dijangka akan mula dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada penghujung Julai 2019 nanti, MLA akan menjanjikan corak permainan yang berbeza iaitu berasaskan strategi kad. Malah permainan mudah alih terbaharu daripada Moonton ini juga sesuai dimainkan untuk tempoh singkat. Lebih menariknya sistem auto farming’ untuk mendapatkan ganjaran juga boleh dilakukan tanpa memerlukan sambungan Internet.

Dengan menampilkan karakter yang sama seperti MLBB, permainan sekuel MLA ini membolehkan pemain untuk menentukan kedudukan hero dari kategori berbeza (Warrior, Tank, Marksman, Mage dan Support) mengikut kemahiran taktikal masing-masing.

Bagi mendapatkan lebih banyak maklumat tentang permainan sekuel ‘Mobile Legends: Adventure’, anda boleh mengikuti laman sosial rasmi di www.facebook.com/MobileLegendsAdventure/

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend