Permainan Dragon Ball Legends Kini Sudah Boleh Dimuat Turun Pada Peranti Android Comments Off on Permainan Dragon Ball Legends Kini Sudah Boleh Dimuat Turun Pada Peranti Android

Bagi anda yang sudah tidak sabar-sabar untuk mencuba permainan Dragon Ball Legends, kini anda boleh memuat turunnya pada peranti Android bermula hari ini. Dengan sokongan grafik 3D yang berkualiti tinggi, permainan ini telah dibangunkan sendiri oleh BANDAI NAMCO Entertainment Inc. untuk peranti Android yang dioperasikan dengan platform Android 6.0 Marshmallow dan ke atas.

Dragon Ball Legends dengan saiz 47MB ini boleh dimuat turun secara percuma tetapi ia hadir dengan pembelian dalam-aplikasi dan sebelum ia boleh dimainkan, anda terlebih dahulu perlu memuat turun data yang agak besar mencecah sehingga 382MB. Lebih menariknya, permainan ini turut menyokong pertempuran masa-nyata dengan pemain lain dari seluruh dunia.

Muat turun Dragon Ball Legends : Google Play Store

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend