Permainan Call Of Duty Kini Sedang Dibangunkan Untuk Telefon Pintar Android Dan iOS Comments Off on Permainan Call Of Duty Kini Sedang Dibangunkan Untuk Telefon Pintar Android Dan iOS

Siapa yang tidak kenal dengan permainan first-person shooter yang terkenal ‘Call of Duty’?! Francais permainan yang terkenal dengan grafik dan corak permainan yang intensif ini nampaknya bakal diperkenalkan pada telefon pintar tidak lama lagi.

Perkara ini telah disahkan melalui kolaborasi antara pembangun Call of Duty iaitu Activision dengan Tencent, dalam menghasilkan versi mudah alih untuk telefon pintar di China. Malah menurut laporan, permainan ini dikatakan akan dibangunkan sepenuhnya oleh Tencent Studio berasaskan permainan asal Call of Duty.

Walaupun masih lagi dalam peringkat pembangunan, pendedahan screenshot daripada permainan itu dilihat sangat menakjubkan. Lebih menariknya, permainan Call of Duty ini dikatakan mungkin akan turut diperkenalkan untuk lebih banyak negara pada masa akan datang.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend