Permainan Berasaskan Permainan Otome – My Omamori Kini Tersedia Di Huawei AppGallery Comments Off on Permainan Berasaskan Permainan Otome – My Omamori Kini Tersedia Di Huawei AppGallery 364

Sekiranya anda ingin bermain sebuah genre permainan mudah alih yang sedikit berbeza daripada kebiasaan, kini permainan berasaskan Otome yang sememangnya sangat popular di Jepun sudahpun boleh dimuat turun di Huawei AppGallery.

Apa yang lebih istimewanya, pemilik peranti Huawei yang memuat turun permainan My Omamori di Huawei AppGallery akan turut menerima ganjaran eksklusif. Apabila permainan ini selesai dimuat turun, anda boleh menebus kostum dan pakaian eksklusif iaitu ‘Workplace Smarties outfit’ secara percuma.

Huawei AppGallery merupakan aplikasi pra-pasang yang siap tersedia pada semua telefon pintar Huawei dan Honor, dengan memiliki lebih daripada 270 juta pengguna aktif setiap bulan. Malah penggunaan mekanisma pengesanan ancaman empat lapisan dalam Huawei AppGallery turut menjanjikan akses yang lebih selamat.

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend