Perkongsian Imej Rasmi ASUS ZenFone Max Pro M2 Memperlihatkan Rekaan Takuk Dan Juga Tiga Kameranya Comments Off on Perkongsian Imej Rasmi ASUS ZenFone Max Pro M2 Memperlihatkan Rekaan Takuk Dan Juga Tiga Kameranya

ASUS ZenFone Max Pro M2 dengan sokongan tiga kamera sebelum ini telahpun disahkan akan dilancarkan secara rasmi untuk pasaran Indonesia pada 11 Disember 2018 nanti. Nampaknya teka-teki berhubung rekaan peranti mampu milik yang memfokuskan aspek gaming ini telah terjawab.

Melalui perkongsian di Twitter rasmi ASUS Indonesia, imej acah rasmi ASUS ZenFone Max Pro M2 telahpun didedahkan kepada umum dengan memperlihatkan sebahagian daripada rekaan panel hadapan dan juga belakang. Bagi mengikuti trend rekaan panel skrin kebanyakan pengeluar, kini ASUS ZenFone Max Pro M2 hadir dengan rekaan takuk yang sedikit berbeza dengan rekaan takuk pada ZenFone 5Z.

Lebih menariknya, panel belakangnya telah memperlihatkan rekaan tiga kamera yang disusun secara menegak dengan permukaan lensa yang tidak terlalu timbul dari permukaannya. Apa yang menarik perhatian kami adalah panel belakangnya yang kelihatan berkilat dan pada pendapat kami ia mungkin diperbuat daripada kaca.

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut berhubung sokongan spesifikasi dan juga harga jualannya, sama-sama kita nantikan pendedahan rasminya tidak lama lagi.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend