Perkhidmatan Yahoo Termasuk Laman Sesawang Rasmi Lumpuh Ketika Ini Comments Off on Perkhidmatan Yahoo Termasuk Laman Sesawang Rasmi Lumpuh Ketika Ini

Bagi yang menggunakan perkhidmatan Yahoo, anda pasti tertanya-tanya mengapa perkhidmatan ini tidak dapat diakses buat masa ini bukan? Masalah ini juga dialami oleh kami di sini apabila kami gagal untuk mengakses beberapa perkhidmatan Yahoo seperti Yahoo Mail dan Yahoo News.

Terkini, pihak Yahoo melalui laman Twitter telah memaklumkan bahawa sistem Yahoo sedang mengalami gangguan teknikal menyebabkan hampir semua perkhidmatan Yahoo termasuk laman sosial Thumblr tidak dapat diakses.

Pihak Yahoo telah mengambil maklum tentang isu ini dan pihaknya kini sedang giat melakukan kerja-kerja pemulihan selain meminta para pengguna bersabar.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend