Perkhidmatan Perbankan Maybank Mengalami Gangguan Buat Masa Ini, Hampir Semua Tergendala Comments Off on Perkhidmatan Perbankan Maybank Mengalami Gangguan Buat Masa Ini, Hampir Semua Tergendala 612

Melalui kicauan akaun Maybank sebentar tadi, pihak Maybank telah mengesahkan terdapat gangguan pada perkhidmatan kad dan elektronik mereka buat masa sekarang. Pihaknya turut memaklumkan perkhidmatan yang terkesan antaranya adalah IBFT, TAC, tambah nilai, dan MEPS.

Ini bermakna pelanggan yang melakukan transaksi dalam talian dan luar talian (mesin ATM) mungkin akan mengalami masalah untuk melakukan urusan perbankan. Terdapat segelintir pelanggan yang melaporkan masalah pada sistem pembayaran QRPay, bagaimanapun pihak Maybank telah mengesahkan tiada masalah dikesan berdasarkan semakan mereka sebentar tadi.

Perkara ini turut memberi kesan kepada pelanggan yang ingin berurusan dengan Maybank memandangkan minggu ini merupakan minggu gaji bagi kebanyakan orang untuk membayar komitmen bulanan.

Kemaskini: Maybank sudah mengesahkan perkhidmatan sudah kembali pulih seperti sediakala.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend