Perkhidmatan Penghantaran Barang GrabExpress Kini Ditawarkan Di Lembah Klang Comments Off on Perkhidmatan Penghantaran Barang GrabExpress Kini Ditawarkan Di Lembah Klang 659

GrabExpress kini diperkenalkan kepada pengguna di sekitar Lembah Klang, menawarkan perkhidmatan penghantaran barang seperti dokumen, bungkusan, dan sebagainya terus melalui aplikasi Grab.

Penghantaran barang ini akan dibuat menggunakan motosikal malah pengguna juga boleh membuat penghantaran kepada lebih satu penerima untuk setiap tempahan. Pengguna boleh membuat penghantaran sehingga ke lima alamat sekaligus dengan caj RM1 untuk 20km yang pertama. Manakala caj RM2 pula akan dikenakan sekiranya jarak penghantaran melebihi 20km. Kadar caj minimum yang dikenakan untuk setiap tempahan adalah RM10.

Perkhidmatan ini beroperasi dari jam 8 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari. Buat masa ini ia ditawarkan di kawasan Bangsar, KL Sentral, dan Bandar Kuala Lumpur. Menurut Grab ia akan diperluaskan ke tempat lain tidak lama lagi.

Berkenaan barang, pengguna boleh menghantar sebarang jenis dokumen, makanan (kecuali sejuk-beku, mudah rosak, rapuh), parsel (dibungkus dengan kotak atau beg) dengan dimensi bungkusan sehingga 30cm x 45cm x 42cm dengan berat tidak melebihi 10kg. Antara barang yang dilarang pula adalah yang mudah pecah, rapuh, mudah terbakar (termasuk powerbank), berharga, tidak sah, binatang, tumbuhan, dan alkohol.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend