Perkhidmatan Dompet Digital ‘vcash’ Akan Dihentikan Pada 30 November Ini Comments Off on Perkhidmatan Dompet Digital ‘vcash’ Akan Dihentikan Pada 30 November Ini 122

Bagi sesiapa yang menggunakan vcash sebagai dompet digital, anda hanya ada masa lebih kurang sebulan sahaja lagi untuk memanfaatkan aplikasi ini. Hal ini kerana, vcash akan menghentikan perkhidmatan sepenuhnya pada 30 November 2019.

Satu pesanan ringkas telah mula dihantar kepada para pengguna vcash sejak minggu lalu, turut memaklumkan bahawa baki wang akan dipulangkan kepada pengguna semula. Pautan yang disertakan membawa pengguna untuk mengisi borang dengan memasukkan butiran diri dan bank. Baki tersebut akan dipindahkan ke akaun bank dalam masa dua minggu selepas permohonan dibuat.

Salah satu faktor yang membuatkan Digi menghentikan perkhidmatan vcash adalah sambutan yang tidak memberansangkan ekoran lambakan dompet digital di negara ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend