Percuma ‘Latona Fluoroelastomer Strap’ Dengan Pra-Tempah HUAWEI Watch GT 2 Berharga RM899 Comments Off on Percuma ‘Latona Fluoroelastomer Strap’ Dengan Pra-Tempah HUAWEI Watch GT 2 Berharga RM899 268

Serentak dengan pelancaran siri HUAWEI Mate 30 di Malaysia yang berlangsung pada minggu lepas, HUAWEI Malaysia turut mengumumkan kehadiran generasi kedua jam tangan pintarnya iaitu HUAWEI Watch GT 2 untuk pasaran tempatan.

Jika dilihat pada laman HUAWEI Online Official Store, terdapat dua varian ditawarkan untuk HUAWEI Watch GT 2 46mm iaitu Matte Black (Sport Edition) yang dijual pada harga RM799 dan juga Pebble Brown (Classic Edition) berharga RM899. Apa yang menariknya, anda akan turut menerima tali jam ‘Latona Fluoroelastomer’ dalam warna Dark Green secara percuma apabila anda membuat pra-tempah di laman tersebut.

Pra-tempah HUAWEI Watch GT 2 dan miliki tali jam ‘Latona Fluoroelastomer’ (Dark Green) berharga RM69 secara percuma.

Buat masa ini varian Matte Black sudahpun habis dipra-tempah, dan kini hanya varian Pebble Brown sahaja yang boleh ditempah. Penghantaran HUAWEI Watch GT 2 yang telah ditempah akan diterima bermula 18 Oktober 2019. Bagi yang berminat, anda sudah boleh membuat pra-tempah di HUAWEI Online Official Store.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend