Perbandingan Speaker Stereo Dengan Teknologi Audio Dolby Atmos Antara Huawei Mate 20 X Dan Huawei Y Max 0 490

Walaupun kedua-dua model ini disasarkan dalam dua segmen berbeza, tetapi Huawei Mate 20 X dan Huawei Y Max masing-masing hadir dengan sokongan speaker stereo yang sama lantang. Lebih menariknya, kedua-dua model ini turut hadir dengan teknologi audio Dolby Atmos.

Jadi bagi membantu pembaca di luar sana mendengar sendiri perbandingan output bunyi yang dihasilkan oleh kedua-dua model ini, kami telahpun membuat satu video ringkas (bukan saintifik) seperti berikut:

Ujian kekuatan bunyi menggunakan aplikasi ‘Sound Meter’:
→ Huawei Mate 20 X berjaya mencatatkan bacaan purata 85 dB
Huawei Mate Y Max berjaya mencatatkan bacaan purata 87 dB

*Perhatian: Bagi mendapatkan bacaan purata dB yang lebih adil, kami telah mencubanya di dalam bilik yang tidak terganggu dengan bunyi bising dan keputusan yang diperolehi bukanlah bacaan purata yang tepat memandangkan kami hanya menggunakan telefon pintar dengan sokongan aplikasi. Namun begitu, sekurang-kurangnya ia masih boleh dijadikan sebagai panduan asas kepada pembaca.

Pendapat TeknoRatz:

Huawei Mate 20 X

Pada pendapat kami, Huawei Mate 20 X dan Huawei Y Max merupakan antara peranti dengan speaker stereo yang menjanjikan bunyi audio yang terbaik boleh anda miliki di pasaran. Ini kerana berbeza dengan kebanyakan telefon pintar dengan sokongan speaker stereo yang lain, kedua-dua bahagian speaker atas dan bawah mampu menghasilkan bunyi audio yang sama lantang (kuat).

Huawei Y Max

Berdasarkan daripada pengalaman kami apabila mendengar audio yang dihasilkan, tidak dinafikan bahawa speaker stereo pada Huawei Y Max kedengaran sedikit lantang. Tetapi secara jujurnya kami lebih menggemari kualiti audio yang dihasilkan oleh Huawei Mate 20 X kerana ia berjaya menghasilkan bunyi yang lebih dinamik dan berkualiti.


Kedua-dua model ini sudahpun mula dijual secara rasmi di 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend