Perbandingan Reka Bentuk Fizikal Antara Dua Generasi – Huawei Nova 4 vs Nova 3 Comments Off on Perbandingan Reka Bentuk Fizikal Antara Dua Generasi – Huawei Nova 4 vs Nova 3 1054

Huawei Nova 4 telahpun dilancarkan secara rasmi untuk pasaran tempatan pada harga RM1,899 dan ia akan mula dijual bermula 14 Februari 2019 nanti. Jika sebelum ini kami telah berkongsi rekaan pra-pandang Huawei Nova 4 ini, hari kita tengok pula apakah perbezaan reka bentuk fizikal model terbaru dari siri Nova ini dengan model Nova 3 yang diperkenalkan pada tahun lepas…

Perbandingan spesifikasi Huawei Nova 4 dan Nova 3:

Panel depan

Jika diperhatikan, Huawei Nova 4 dan Nova 3 kelihatan memiliki saiz kerangka yang hampir sama sahaja. Tetapi untuk pengetahuan anda, Nova 4 memiliki saiz skrin yang sedikit lebih besar iaitu 6.4 inci berbanding Nova 3 yang berukuran 6.3 inci. Bahkan secara keseluruhannya, Nova 4 memiliki kerangka 1.4mm lebih lebar dan 0.47mm lebih tebal.

Kamera swafoto

Huawei Nova 4 tidak lagi menyokong dwi kamera untuk penggambaran swafoto, tetapi ia kini tidak lagi memiliki rekaan takuk yang lebar sebagaimana yang dapat dilihat pada Nova 3. Apa yang lebih istimewa, Huawei Nova 4 menjadi peranti pertama daripada Huawei yang menampilkan rekaan lubang kamera pada skrin.

Bezel lebih nipis

Rekaan Huawei Nova 4 tampil lebih menarik kerana selain tidak menggunakan rekaan takuk, ia juga memiliki saiz bezel bahagian bawah yang lebih nipis berbanding Nova 3. Rekaan sebegini secara tidak langsung memberikan pandangan luaran yang lebih premium dan menjanjikan nisbah skrin-ke-kerangka yang lebih baik.

Panel belakang kaca

Panel belakang kedua-dua generasi ini menampilkan rekaan kaca melengkung yang sama, selain itu kemasan warna yang disokong oleh Huawei Nova 4 kelihatan lebih cerah berbanding Nova 3. Kedua-dua model ini menyokong efek warna kecerunan yang akan menyerlahkan warna ungu apabila dilihat pada sudut tertentu.

Kamera utama dan pengimbas cap jari

Sensor pengimbas cap jari pada Huawei Nova 4 masih dikekalkan sama seperti Nova 3. Apa yang membezakan kedua-dua model ini adalah sokongan tiga kamera AI dengan resolusi lensa 20MP + 16MP + 2MP pada Nova 4, berbanding Nova 3 yang hanya menawarkan dua kamera AI beresolusi 24MP + 16MP. Sama seperti siri Mate 20, Nova 4 juga kini turut menyokong mod penggambaran sudut luas.

Kemasan panel belakang

Kemasan panel belakang Huawei Nova 4 kini tampil lebih ‘bersih’ kerana tiada lagi cetakan perkataan yang terletak bersebelahan dengan cetakan perkataan ‘HUAWEI’.

Kerangka atas

Berbeza dengan Huawei Nova 3, bicu audio 3.5mm pada Nova 4 telah dipindahkan pada bahagian atas kerangkanya. Memandangkan ia tidak lagi memiliki bezel atau takuk, sensor proximity dengan rekaan yang telah dipatenkan pada Nova 4 telah diletakkan pada bahagian ini. Anda juga boleh menemui satu lubang mikrofon.

Kerangka bawah

Rekaan bahagian bawah Huawei Nova 4 dan Nova 3 kelihatan hampir sama kecuali kedudukan bicu audio dan juga lubang mikrofon yang telah dipindahkan.

Butang kawalan fizikal

Kedudukan butang kawalan fizikal iaitu butang melaras suara dan butang kuasa pada kedua-dua model ini telah ditempatkan di sisi kanan kerangkanya. Namun begitu, kemasan untuk butang kuasa Huawei Nova 4 memiliki permukaan licin berbanding butang kuasa Nova 3 yang memiliki permukaan bertekstur.

Slot kad

Sisi kiri kerangka Huawei Nova 4 dan Nova 3 masing-masing menempatkan slot kad SIM yang boleh diakses menggunakan pin yang tersedia dalam pakej pembelian. Namun begitu Nova 4 kini hanya menyokong dua slot kad SIM nano, manakala Nova 3 pula dilihat menyokong slot kad jenis hibrid yang mana kad microSD boleh digunakan pada slot keduanya.

Harga dan ketersediaan jualan Huawei Nova 4:

“Nantikan ulasan penuh Huawei Nova 4 daripada kami tidak lama lagi…”

Baca juga:

Huawei Nova 4 – Adakah Rekaan Lubang Kamera Dalam Skrin Mengganggu Pengalaman Bermain?!

8 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Tentang Rekaan Kamera Depan Huawei Nova 4?!

[Tips] Tak Suka Kewujudan ‘Lubang Hitam’ Pada Huawei Nova 4?! Ini Cara Untuk Sembunyikannya…

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend