Peranti Samsung Kini Menyokong Fungsi ‘Drag & Drop’ Ke Windows 10 Dan Sebaliknya Comments Off on Peranti Samsung Kini Menyokong Fungsi ‘Drag & Drop’ Ke Windows 10 Dan Sebaliknya

Baru-baru ini Microsoft telah mengumumkan ketersediaan fungsi baharu yang membenarkan pemilik peranti Samsung dengan sokongan ‘Link to Windows’ versi 1.5 dan ke atas.

Tanpa perlu menggunakan sebarang sambungan kabel, pengguna hanya perlu memastikan peranti Samsung dan PC telah disambungkan ke rangkaian WiFi yang sama. Pemindahan fail bukan sahaja boleh dibuat dari telefon pintar ke PC, tetapi juga sebaliknya.

Fungsi pemindahan fail ini menyokong pelbagai jenis fail berbeza, kecuali folder, dan buat masa ini fungsi ini terhad digunakan pada aplikasi galeri dan aplikasi Samsung My Files sahaja.

Pengguna boleh menghantar sehingga 100 fail pada satu-satu masa dan setiap satu fail tidak boleh memiliki saiz melebihi 512MB.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend