Peranti Pertama Huawei Dengan Sokongan ‘HongMeng OS’ Akan Diperkenalkan Pada Oktober 2019 Comments Off on Peranti Pertama Huawei Dengan Sokongan ‘HongMeng OS’ Akan Diperkenalkan Pada Oktober 2019 746

Sebelum ini Huawei telah dilaporkan menjadualkan pengedaran sebanyak satu juta unit telefon pintar Huawei dengan sistem operasi baharu ‘HongMeng OS’ ke beberapa buah negara untuk tujuan pengujian. Bahkan sebelum ini ada khabar angin yang percaya bahawa sistem operasi baharu ini akan diperkenalkan serentak dengan pelancaran siri Huawei Mate 30.

Namun berdasarkan kepada laporan terkini yang telah dikongsikan oleh Guo Mingxi selaku penganalisa daripada Tianfeng International, peranti pertama daripada Huawei yang akan dioperasikan dengan HongMeng OS akan diperkenalkan pada Oktober 2019 nanti. Walau bagaimanapun, sistem operasi itu akan hanya diperkenalkan untuk peranti dari segmen mampu milik buat peringkat awal.

Screenshot antaramuka tetapan aplikasi pada HongMeng OS/ARK OS yang masih belum dapat disahkan sebagai rekaan rasmi ataupun tidak. (kredit: Huawei Central)

Melalui penambahbaikan sistem ekologi secara beransur-ansur, barulah sistem operasi ini akan diperkenalkan ke telefon pintar mercu keluaran Huawei pada masa akan datang. Pendedahan ini secara tidak langsung menafikan sokongan HongMeng OS pada siri Huawei Mate 30, tetapi sebaliknya ia mungkin akan diperkenalkan serentak dalam majlis pelancaran peranti mercu Huawei itu nanti.

Menariknya berdasarkan kepada pendedahan yang dikongsikan oleh Global TimesHongMeng OS yang dibangunkan bersama-sama dengan Tencent ini telah diuji sendiri oleh wakil daripada OPPO dan Vivo, dan telah mendapati bahawa ia mampu mengoperasikan aplikasi 60% lebih pantas berbanding sistem operasi Android yang dibangunkan oleh Google.

melalui, sumber 1, sumber 2

Baca juga:

Huawei Menghantar Sejuta Peranti Dengan HongMeng OS Untuk Tujuan Ujian

Huawei Dilaporkan Mula Menjemput Pembangun Untuk Menawarkan Aplikasi Mereka Di Dalam AppGallery

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend