Peranti Oppo Kini Menyokong e-SIM Melalui Durian Man 0 468

e-SIM merupakan SIM tanpa kad fizikal yang terbina dalam peranti yang mana berfungsi sama seperti kad SIM biasa. Rangkaian e-SIM juga membenarkan pengguna membuat panggilan, menerima SMS, dan melayari internet. Di Malaysia satu-satunya syarikat perkhidmatan telekomunikasi yang menawarkannya adalah Durian Man.

Bermula 5 Disember hingga 31 Disember, para pengguna peranti Oppo R17 Pro dan Oppo F9 boleh mula mendaptkan e-SIM Durian Man di kedai Oppo terpilih untuk berpeluang memenangi hadiah sehingga RM30,000. Antara kedai konsep Oppo yang mengambil bahagian ialah di The Mines (Seri Kembangan), SS15 (Subang Jaya), dan Lowyat (Kuala Lumpur).

Pengguna boleh melanggan pelan e-SIM Durian Man bermula pada harga RM1. Selain daripada itu, pelanggan juga akan menikmati internet 8GB selepas membuat sebarang tambah nilai. Untuk mendaftar aplikasi Durian Man, pengguna boleh memuat turunnya di Google Play Store.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend