Peranti OPPO Kini Ditawarkan Pada Harga Serendah RM439 Sempena ‘Lazada Mid-Year Festival’ Comments Off on Peranti OPPO Kini Ditawarkan Pada Harga Serendah RM439 Sempena ‘Lazada Mid-Year Festival’ 133

Jika anda sedang mencari telefon pintar baharu dengan bajet di bawah RM1,000, OPPO Malaysia hari ini telah mengumumkan untuk menawarkan telefon pintar terpilih dengan tawaran diskaun sehingga mencecah RM1,400 secara eksklusif melalui Lazada.

Bersempena dengan promosi ‘Lazada Mid-Year Sales’ yang akan berlangsung pada 12 hingga 14 Julai 2019 ini, OPPO Malaysia akan menawarkan tiga model telefon pintar keluarannya pada harga istimewa untuk tempoh terhad. Model yang boleh anda miliki termasuklah OPPO R15 Pro, OPPO A71k, dan juga OPPO A3s.

Tidak cukup dengan itu, OPPO juga turut menawarkan baucar diskaun bernilai RM100 untuk pembelian minimum RM2,000 dan juga hadiah percuma dengan setiap pembelian telefon pintar OPPO. Lebih istimewa, anda boleh memiliki OPPO R15 Pro pada harga RM929 secara eksklusif di Lazada bermula 12 tengah malam ini hingga 2 pagi (12 Julai 2019).

Klik untuk beli peranti OPPO terpilih dengan diskaun hebat sempena ‘Lazada Mid-Year Festival’ bermula jam 12 tengah malam ini (12 Julai 2019) hingga 14 Julai 2019:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend