Peranti Nexus Dan Pixel Ini Tidak Akan Terima Kemas Kini Android P… Comments Off on Peranti Nexus Dan Pixel Ini Tidak Akan Terima Kemas Kini Android P… 457

Kelebihan untuk memiliki peranti Nexus dan Pixel yang dikeluarkan oleh Google adalah sokongan kemas kini yang berterusan walaupun sudah beberapa tahun diperkenalkan di pasaran. Tetapi itu tidak bererti penerimaan kemas kini itu tidak akan dihentikan apabila tiba masanya…

Nampaknya pemilik peranti Nexus dan Pixel daripada model tertentu ini terpaksa redha dan pasrah dengan keputusan yang telah dibuat oleh Google untuk menghentikan kemas kini terbaru Android P pada peranti mereka.

Nexus 5X dan Nexus 6P merupakan model yang diperkenalkan pada tahun 2015.

Menurut maklumat yang diterima, Google dikatakan akan menghentikan ketersediaan kemas kini Android P pada Nexus 5X, Nexus 6P, dan juga tablet Pixel C. Malah Ars Technica juga telah melaporkan bahawa hanya model Pixel, Pixel XL, Pixel 2, dan juga Pixel 2 XL sahaja yang akan menerima kemas kini Android P.

Walaupun tidak terima kemas kini Android P, ketiga-tiga model itu tetap menerima kemas kini bulanan.

Walau bagaimanapun, Nexus 5X, Nexus 6P, dan tablet Pixel C dikatakan akan masih menerima kemas kini keselataman bulanan secara berterusan. Tetapi ia akan hanya menerima setakat Android 8.1 Oreo sahaja.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend