Peranti Misteri Xiaomi Dengan Kamera 48MP Akan Dilancarkan Pada Januari 2019 0 467

Semalam, Presiden Xiaomi, Lin Bin telah berkongsi imej berkenaan peranti Xiaomi dengan kamera 48MP menerusi portal Weibo. Lin Bin turut mengesahkan peranti tersebut bakal dilancarkan pada bulan pertama tahun hadapan. Sejurus imej itu terpapar di Weibo, ramai peminat Xiaomi mula membuat spekulasi mengatakan ia adalah Xiaomi Mi 9.

Bagaimanapun untuk golongan pembocor maklumat di China, mereka mendakwa peranti tersebut bukan dibangunkan di bawah siri Mi sebaliknya daripada siri Redmi. Jika khabar angin ini benar, kita mungkin akan melihat kehadiran telefon pintar dengan resolusi kamera paling tinggi di dunia.

Peranti mercu Xiaomi ini mungkin akan dilengkapi sensor kamera Samsung ISOCELL Bright GM1 48MP yang diperkenalkan pada bulan Oktober lalu. Imej yang dicadangan di pelayar Bing pula menunjukkan peranti ini akan hadir dengan rekaan premium berpanelkan belakang kaca.

Menurut sumber, kebarangkalian peranti ini akan diletakkan di bawah siri Redmi salah satunya ialah nisbah skrin-ke-kerangka yang tinggi melalui paparan bertakuk berkonsepkan titisan air. Terdahulu, Xiaomi mengesahkan mereka akan melancarkan peranti dengan cipset Snapdragon 675. Menariknya cipset tersebut juga berupaya menyokong sensor kamera sehingga 48MP.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend