Peranti Misteri Vivo Dengan Nama Kod ‘The Waterdrop’ Menampilkan Rekaan Sisi Kerangka ‘Lembut’ 0 181

Tahun 2018 yang lalu Vivo telah berjaya membuka mata banyak pihak dengan keupayaan sebenarnya dalam industri pembuatan telefon pintar. Ini jelas dapat dilihat melalui kemunculan model X20 Plus UD (Under Display) yang menampilkan teknologi pengimbas cap jari pada skrin yang pertama di dunia. Bahkan keterujaan dan keunikan rekaan telefon pintar keluaran Vivo telah dihangatkan lagi dengan model Vivo NEX dan yang terbaru Vivo NEX Dual Display.

Nampaknya tahun 2019 ini sekali lagi Vivo telah cuba untuk memperkenalkan satu lagi kejutan dengan tertirisnya imej acah yang memperlihatkan peranti misteri yang dikenali dengan nama kod ‘The Waterdrop’. Walaupun masih awal untuk menceritakan tentang telefon pintar misteri ini, @IceUniverse telah berjaya berkongsi dua keping imej yang memberikan gambaran awal rekaan ‘The Waterdrop’.

Rekaan peranti misteri Vivo yang dikenali sebagai ‘The Waterdrop’ ini telah diinspirasikan daripada pengesan kosmik dalam novel ‘The Three-Body Problem’.

Menurut laporan yang diterima, Vivo telah dipercayai sedang menghasilkan sebuah telefon pintar dengan rekaan yang sangat unik. Rekaan ‘The Waterdrop’ menampilkan bahagian lengkungan yang sangat ‘lembut’ dan sebenarnya ia kelihatan mirip seperti rekaan Honor Magic 2. Namun begitu bahagian lengkungan pada keliling peranti misteri ini tidak dapat disahkan diperbuat daripada logam ataupun kaca.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend