Peranti Misteri Terbaharu Daripada Realme Ini Dikuasakan Dengan Helio P60 Dan 4GB RAM – Geekbench Comments Off on Peranti Misteri Terbaharu Daripada Realme Ini Dikuasakan Dengan Helio P60 Dan 4GB RAM – Geekbench 168

Walaupun Realme masih baru di pasaran, kemunculan sub-jenama daripada OPPO ini telah berjaya mendapat sambutan yang baik dan dalam masa yang sama mampu menawarkan lebih banyak pilihan untuk telefon pintar kelas pertengahan.

Malah Realme dilihat sangat komited untuk tampil dengan lebih banyak model apabila pangkalah data Geekbench telah mendedahkan kemunculan satu lagi model baharu daripada jenama itu. Tampil dengan nombor model RMX1827, ia telah dikuasakan dengan cipset Helio P60 dan juga menyokong memori 4GB RAM.

Dikuasakan dengan Android 9.0 Pie, RMX1827 ini dipercayai akan lebih sebagai model Realme 3i. Ini kerana berdasarkan maklumat yang didedahkan, Realme 3i dikatakan akan dilancarkan serentak dengan model Realme X di India pada 15 Julai ini.

Baca juga:

Realme X Edisi Spiderman Telah Disahkan Akan Diperkenalkan Untuk Pasaran India

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend