Peranti Misteri Samsung Dengan Rekaan Kamera Depan Terangkat Mula Tertiris Comments Off on Peranti Misteri Samsung Dengan Rekaan Kamera Depan Terangkat Mula Tertiris

Samsung boleh dikatakan antara pengeluar telefon pintar yang sentiasa mempraktikkan pelbagai rekaan untuk kamera depannya. Antaranya termasuklah rekaan Infinity-O, Infinity-U, Infinity-V, bahkan Samsung turut dilihat telah menggunakan rekaan kamera boleh putar seperti yang dapat dilihat pada model Galaxy A80.

Menariknya baru-baru ini sebuah telefon pintar misteri keluaran Samsung telah tertiris dengan menyaksikan rekaan kamera terangkat, sebagaimana yang telah didedahkan oleh @onleaks.

Berdasarkan imej pengolokan yang dikongsikan, peranti misteri ini mungkin disasarkan untuk segmen telefon pintar kelas pertengahan kerana ia dilihat memiliki saiz bezel yang agak tebal. Malah panel belakang peranti ini turut tersedia dengan sensor pengimbas cap jari.

Menurut sumber, peranti ini juga turut didedahkan menyokong port Inframerah, port USB Type-C, dan juga dilengkapi kuad kamera. Ia juga dikatakan akan menyokong skrin berukuran 6.5 inci dan juga berukuran sekitar 160.9 x 77 x 9.2~9.7mm.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend