Peranti Misteri HUAWEI Dengan Skrin OLED 6.3″ Dan Tiga Kamera Beresolusi 48MP Bakal Diperkenalkan Comments Off on Peranti Misteri HUAWEI Dengan Skrin OLED 6.3″ Dan Tiga Kamera Beresolusi 48MP Bakal Diperkenalkan 304

Baru-baru ini sebuah telefon pintar keluaran HUAWEI yang tampil dengan menggunakan nama model AQM-AL00 dilihat sudah mula melepasi pensijilan TENAA di China. Walaupun spesifikasi peranti misteri ini sudahpun mula didedahkan, buat masa ini tiada sebarang gambar yang berjaya didedahkan kepada umum.

HUAWEI AQM-AL00 dipercayai akan dikuasakan dengan cipset kelas pertengahan 7nm berkelajuan 2.2GHz iaitu Kirin 810. Ia juga akan menyokong RAM berkapasiti sehingga 8GB, ruang storan sehingga 128GB, bateri berkapasiti 3900mAh, dan juga dioperasikan dengan EMUI 9 berasaskan Android 9.0 Pie.

HUAWEI P Smart Z sebelum ini diperkenalkan dengan sokongan dwi kamera dan juga rekaan kamera terangkat.

Memiliki kerangka berukuran 157.4 x 73.2 x 7.75mm dan berat 163g, HUAWEI AQM-AL00 dengan sokongan skrin OLED FHD+ berukuran 6.3 inci ini turut dilengkapi dengan tiga kamera beresolusi 48MP + 8MP + 2MP. Manakala kamera swafotonya pula beresolusi 16MP.

Berdasarkan laporan yang dikongsikan di Internet, peranti misteri ini dipercayai akan diperkenalkan sebagai model HUAWEI P Smart 2020. Tetapi buat masa ini perkara itu tidak lagi dapat disahkan kesahihannya.

sumber

Baca juga:

Telefon Pintar Pertama Huawei Dengan Kamera Depan Terangkat Kini Dilancarkan

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend