[Kemas Kini: Spesifikasi] Peranti Misteri Huawei Dengan Rekaan Takuk Kecil Dan Panel Belakang Seperti Kulit Tertiris Comments Off on [Kemas Kini: Spesifikasi] Peranti Misteri Huawei Dengan Rekaan Takuk Kecil Dan Panel Belakang Seperti Kulit Tertiris

Huawei bakal hadir dengan satu lagi model terbaharunya apabila imej peranti misteri keluarannya mula melepasi laman sesawang rasmi TENAA di China. Walaupun model peranti misteri itu masih lagi tidak didedahkan, ia jelas memperlihatkan rekaan panel hadapan dan juga panel belakangnya yang hadir dalam dua warna iaitu hitam dan juga putih.

Peranti misteri ini hadir dengan rekaan takuk kecil.

Panel hadapannya kini tampil dengan rekaan takuk kecil mirip seperti titisan air yang telahpun diperkenalkan pada model OPPO F9 dan juga Vivo V11/V11i. Saiz bezel pada bahagian bawah skrin kini tampil lebih kecil kerana sensor pengimbas cap jari pada peranti ini telah dipindahkan ke panel belakangnya.

Rekaan panel belakangnya pula tampil berbeza kerana ia menyokong kemasan yang mirip seperti kulit, lengkap dengan jahitan palsu sama seperti rekaan Galaxy Note 3. Manakala kedudukan dwi kamera pada peranti ini juga kelihatan hampir sama dengan rekaan dwi kamera pada model Huawei P20.

Buat masa ini tiada sebarang maklumat berhubung spesifikasi, harga dan juga tarikh pelancaran untuk model misteri dari Huawei ini.

Ketirisan spesifikasi awal:

  • ARS-AL00/ARS-TL00
  • 1.95 GHz Octa Core
  • Android 8.1 Oreo
  • RAM 4GB
  • ARS-AL00: 64GB / 128GB
  • ARS-TL00: 128GB
  • Sokong slot microSD
  • 7.12 inci IPS LCD FHD+ (2244 x 1080 piksel)
  • Kamera utama: 16MP + 2MP
  • Kamera hadapan: 8MP
  • 4,900 mAh
  • 177.57 x 86.24 x 8.48mm
  • 210g
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend