Peranti Misteri Dengan Skrin Boleh Lipat Milik Xiaomi Mula Diperlihatkan Dalam Video Pendek Comments Off on Peranti Misteri Dengan Skrin Boleh Lipat Milik Xiaomi Mula Diperlihatkan Dalam Video Pendek 428

Hari ini Evan Blass yang sememangnya popular dengan ketirisan berita tentang peranti terbaharu di pasaran telah berkongsi satu video pendek di dalam akaun Twitter miliknya. Apa yang menariknya tentang video tersebut, ia telah memperlihatkan sebuah peranti misteri yang hadir dengan rekaan skrin boleh lipat.

Rekaan peranti misteri ini dilihat agak menarik kerana paparan skrinnya boleh dilipat pada sisi kiri dan kanan dengan begitu mudah sekali. Bahkan orientasi antaramukanya juga akan disesuaikan untuk paparan mirip seperti tablet ataupun telefon pintar konvensional secara automatik.

Walaupun identiti peranti misteri itu tidak didedahkan, tetapi melalui screenshot yang berjaya diambil, ia dilihat telah dioperasikan dengan antaramuka MIUI 10 daripada Xiaomi. Namun begitu buat masa ini masih tidak dapat dipastikan lagi kesahihan video yang dikongsikan sama ada benar ataupun tidak.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend