Peranti Lipat Samsung W2019 Akan Membuat Penampilan Pada 9 November Ini Comments Off on Peranti Lipat Samsung W2019 Akan Membuat Penampilan Pada 9 November Ini

Era telefon lipat atau lebih dikenali sebagai telefon kerang (clamshell) telah memuncak naik sekitar tahun 2004 dengan adanya Motorola Razr. Malah, tahukah anda sebanyak 130 juta unit Motorola Razr V3 telah terjual pada tahun 2006 sekaligus menjadikan ia peranti lipat paling laris di dunia.

Kini, difahamkan Samsung akan memperkenalkan peranti kerang terbaharu di bawah siri W. Menerusi poster acah jemputan yang tersebar, Samsung bakal menganjurkan satu majlis di Wuxi, Shanghai pada 9 November yang memperlihatkan Samsung W2019.

Data daripada TENAA telah menunjukkan Samsung W2019 akan dilengkapi skrin paparan 4.2-inci Super AMOLED bersama bateri sebesar 3,000mAh. Sistem dwi kamera utama yang dimuatkan pula adalah daripada sensor yang sama diguna pakai pada peranti Galaxy Note 9 dan S9+. Kuasa dalaman pula akan dijana cipset Snapdragon 845 berbanding Exynos 9810 untuk pasaran China sahaja.

Peranti ini dibina sangat premium dan mungkin dijual pada harga sekitar CNY17,000 (~RM10,269) seunit dalam jumlah yang terhad. Walaubagaimanapun, peranti ini mungkin tidak didatangkan dengan bicu audio dan pengimbas cap jari.

Melalui

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend