Peranti Kelas Pertengahan Xiaomi Akan Dilengkapi Dengan Teknologi Pengimbas Cap Jari Pada Skrin Tahun Ini Comments Off on Peranti Kelas Pertengahan Xiaomi Akan Dilengkapi Dengan Teknologi Pengimbas Cap Jari Pada Skrin Tahun Ini 431

Melalui perkongsian status di laman Weibo, Pengurus Produk Xiaomi iaitu Wang Teng Thomas telah berkongsi perancangan mereka untuk memperkenalkan teknologi pengimbas cap jari pada skrin untuk telefon pintar kelas pertengahan keluaran Xiaomi. Apa yang pasti, perancangan itu akan diteruskan pada lebih banyak peranti Xiaomi bermula tahun 2019 ini.

Sungguhpun begitu, buat masa ini pihak Xiaomi tidak pula mendedahkan model dari kelas pertengahan mana yang akan hadir dengan sokongan teknologi pengimbas cap jari pada skrin. Berdasarkan jangkaan awal, model Redmi 7 Pro yang akan dilancarkan tidak lama lagi mungkin menjadi antara model yang hadir dengan teknologi itu.

Trend penggunaan pengimbas cap jari pada skrin mungkin akan diteruskan pada lebih banyak model seperti Mi MAX 4, Mi 9 Lite dan juga berkemungkinan pada model Mi 7X (turut dikenali sebagai Mi A3). Untuk pengetahuan anda, teknologi ini telah diperkenalkan buat pertama kali oleh Xiaomi pada model Mi 8 Pro dan Mi 8 Explorer Edition.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend