Peranti Huawei Telah Disenarai Hitam Oleh Pembangun Pemain Video Popular VLC Di Google Play Store Comments Off on Peranti Huawei Telah Disenarai Hitam Oleh Pembangun Pemain Video Popular VLC Di Google Play Store

Baru-baru ini pembangun aplikasi pemain video VLC telah membuat keputusan yang kontroversi apabila telah mengumumkan bahawa mereka telah menyenarai hitamkan kesemua peranti keluaran Huawei. Berikutan daripada tindakan itu, pemilik peranti Huawei tidak lagi boleh memuat turun aplikasi pemain video popular itu di Google Play Store.

Menurut VideoLAN selaku pembangun aplikasi tersebut, tindakan ini telah diambil kerana ciri pengoptimuman bateri yang terdapat dalam peranti Huawei dilihat terlalu agresif untuk menutup aplikasi yang dioperasikan secara background. Tambah pembangun itu lagi, polisi untuk mematikan kesemua aplikasi secara background (kecuali aplikasi Huawei) dilihat tidak masuk akal.

Nampaknya pemilik peranti Huawei terpaksalah menggunakan aplikasi pemain video pihak ketiga yang lain selepas ini, dan diharapkan tiada pembangun lain yang akan mengikut jejak langkah VideoLAN.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend