Peranti Huawei Sedia Ada Masih Diberikan Akses Kepada Perkhidmatan Google Play Dan Google Play Protect Comments Off on Peranti Huawei Sedia Ada Masih Diberikan Akses Kepada Perkhidmatan Google Play Dan Google Play Protect 713

Selepas kita digemparkan dengan berita Google membatalkan perkhidmatan Google dan Android kepada Huawei, ramai pengguna mula tertanya-tanya adakah peranti Huawei yang sedang digunakan akan terkesan?

Terkini, Google telah menjawab pertanyaan tersebut dalam satu kenyataan melalui kicauan di Twitter, memaklumkan segala perkhidmatan seperti Google Play dan Google Play Protect akan berfungsi seperti biasa untuk peranti Huawei sedia ada. Ini termasuklah YouTube, Gmail, dan sebagainya.

Bagaimanapun, peranti yang akan menerima kesan daripada pengharaman ini adalah peranti yang masih belum dilancarkan. Menurut sumber lain, Google turut memberitahu pihaknya kini sedang meneliti arahan pengharaman yang dikuatkuasakan kerajaan A.S dan kesannya.

Buat masa ini, bagi yang menggunakan telefon pintar Huawei, anda tidak perlu khuatir dengan penarikan lesen Android daripada Huawei ini. Tetapi sekiranya anda mengharapkan kemas kini terbaru daripada Google atau EMUI itu sendiri, ia mungkin tidak akan berlaku.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend