Peranti Boleh-Pakai Xiaomi Catat Rekod Pengedaran Global Tertinggi Untuk Suku Ketiga 2019 Comments Off on Peranti Boleh-Pakai Xiaomi Catat Rekod Pengedaran Global Tertinggi Untuk Suku Ketiga 2019

Berdasarkan laporan yang dikongsikan oleh Canalys, pasaran global untuk peranti boleh-pakai bagi suku ketiga 2019 telah mencatatkan peningkatan sebanyak 65%. Malahan pasaran di Asia Pasifik berjaya mencatatkan peningkatan sehingga dua kali ganda berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas.

Apa yang menariknya, Xiaomi berjaya mengekalkan kedudukannya di tempat pertama sebagai pengeluar peranti boleh-pakai dengan mencatatkan sebanyak 12.2 juta unit telah diedarkan di seluruh dunia, iaitu peningkatan tahun-ke-tahun mencecah sehingga 74%. Malah Xiaomi juga telah berjaya mencatatkan perkongsian pasaran tertinggi sebanyak 27% sejak suku ketiga 2015 yang lalu.

Menariknya perkongsian pasaran yang dicatatkan oleh Xiaomi menyamai peratusan pasaran yang dicatatkan oleh Apple yang berada di kedudukan kedua dengan 15%, dan juga HUAWEI di kedudukan ketiga dengan mencatatkan 13% untuk suku ketiga 2019.

Ternyata pendekatan Xiaomi untuk memperkenalkan peranti boleh-pakai mampu milik telah berjaya membantu kejayaan ini, dan ini dapat dibuktikan melalui jualan lebih 1 juta unit Mi Smart Band 4 untuk pasaran global dalam tempoh lapan hari dijual.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend