Peranti Boleh-lipat Samsung Galaxy X Mungkin Hadir Dengan Bateri 3,000mAh Atau Lebih Comments Off on Peranti Boleh-lipat Samsung Galaxy X Mungkin Hadir Dengan Bateri 3,000mAh Atau Lebih

Kita sedia maklum Samsung Galaxy X akan dilancarkan tidak lama lagi. Khabar angin terbaru mengatakan peranti dengan skrin boleh-lipat ini akan ditunda pelancarannya sehingga ke tahun hadapan.

Pembinaan skrin boleh-ipat ini dijangka akan mula dilaksanakan secara besar-besaran sikitar penggal kedua tahun ini. Oleh itu, banyak lagi komponen yang perlu diteliti termasuklah yang terkini bateri yang akan digunakan.

Menurut laporan, peranti ini akan dilengkapi dengan bateri boleh-lipat berkapasiti antara 3,000 hingga 6,000mAh. Jika bateri yang besar digunakan kemungkinan juga skrin yang dipadankan lebih besar mencecah 7.5-inci apabila dibuka dan 4.5-inci apabila dilipat.

Bateri ini akan dihasilkan sendiri oleh Samsung SDI dengan reka bentuk ‘V’ yang mana pelancaran Galaxy X akan diadakan pada majlis yang sama Galaxy S10. Harganya pula sudah tentu lebih mahal kerana teknologi yang digunakan. Jadi, ia dianggarkn sekitar USD1,850 (sekitar RM7,486) seunit.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend