Peranti Boleh-Lipat Keluaran Samsung Bakal Menampilkan Sokongan Dwi Bateri Comments Off on Peranti Boleh-Lipat Keluaran Samsung Bakal Menampilkan Sokongan Dwi Bateri 703

Berdasarkan pendedahan paten terbaru yang berjaya didedahkan, peranti boleh-lipat keluaran Samsung dipercayai akan menampilkan sokongan dwi bateri pada kedua-dua panel skrinnya. Melalui pengesahan yang dibuat oleh agensi kaji selidik di Korea, penawaran dwi bateri pada peranti boleh-lipat ini mungkin akan diperkenalkan pada model Samsung Galaxy Fold.

Paten yang dihantar oleh Samsung Electronics ke Pejabat Harta Intelek Dunia (WIPO) dan Pejabat Paten dan Tanda Dagangan Amerika Syarikat (USPTO) ini jelas menyaksikan sokongan dwi bateri dengan saiz yang berbeza. Melalui paten itu, Samsung akan menggunakan teknologi khas yang mampu memastikan aliran tenaga bateri yang lebih efisien.

Walaupun bateri itu telah dipisahkan, litar pengecasan pada kedua-dua bateri ini telah disatukan menggunakan litar kawalan arus yang sama. Ini bermakna kedua-dua bateri itu akan dicas secara serentak sama ada menggunakan kaedah pengecasan berwayar ataupun tanpa wayar.

Menurut laporan kaji selidik yang dibuat oleh CGS-CIMB Research, Samsung Galaxy Fold dengan sokongan dwi bateri ini juga dipercayai akan hadir dengan sokongan bateri berkapasiti sekitar 5000 hingga 6000 mAh.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend