Peranti Boleh-Lipat Keluaran Huawei Mungkin Dikenali Sebagai Mate F, Mate Flex, Mate Flexi Atau Mate Fold Comments Off on Peranti Boleh-Lipat Keluaran Huawei Mungkin Dikenali Sebagai Mate F, Mate Flex, Mate Flexi Atau Mate Fold

Huawei sebelum ini telah dilaporkan sedang membangunkan peranti boleh-lipat 5G pertama keluarannya dan akan dipertontonkan kepada umum dalam acara MWC 2019 nanti. Tampil dengan panel skrin AMOLED boleh-lipat berukuran 8.0 inci, laporan awal telah mendedahkan bahawa paparan ini akan dibekalkan oleh BOE Display.

Melalui dokumentasi IP yang diperolehi daripada WIPO (Pertubuhan Harta Intelek Dunia), peranti boleh-lipat ini bakal menggunakan nama ‘Mate’. Buat masa ini Huawei telah dilaporkan sedang untuk mempertimbangkan empat nama berbeza iaitu¬†Mate F, Mate Flex, Mate Flexi dan juga Mate Fold.

Selepas diumumkan kepada umum pada Februari nanti dalam acara MWC 2019, Huawei dipercayai akan memperkenalkan model ini untuk pasaran terpilih pada suku ke-2 atau suku ke-3 tahun depan di Korea Selatan, Amerika Syarikat, China, Jepun dan juga Eropah.

Baca juga:

Peranti Pertama 5G Boleh-Lipat Huawei Akan Dipamerkan di MWC 2019

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend