Peranti Baharu Untuk Pengguna Huawei Mate 20 Pro Di Finland Yang Menghadapi Isu Skrin Hijau Comments Off on Peranti Baharu Untuk Pengguna Huawei Mate 20 Pro Di Finland Yang Menghadapi Isu Skrin Hijau

Isu paparan skrin menjadi warna hijau yang dihadapi segelintir pengguna Huawei Mate 20 Pro menjadi topik hangat sejak kelmarin. Hal ini menjadikan pihak Huawei tidak senang duduk sehinggakan hari ini dilaporkan pihak Huawei Finland telah mengambil jalan penyelesaian dengan menawarkan peranti baharu kepada para pengguna yang terkesan.

Perkara ini turut disahkan melalui kenyataan daripada Pengarah Komunikasi dan Pemasaran Huawei Finland, Elina Takala yang menyatakan, “Kami sedang menyiasat untuk sekian lama mengapa bahagian kecil pada telefon telah menjadi hijau di beberapa negara. Di Finland, pengguna akan menerima telefon baharu tanpa dikenakan bayaran jika peranti menghadapi kegagalan pada paparan.”.

Baca juga: Terdapat Segelintir Pemilik Huawei Mate 20 Pro Melaporkan Isu Skrin Berwarna Hijau

Di laman forum Huawei UK Community pula, ada pengguna yang memberitahu dia telah mengunjungi cawangan perkhidmatan Huawei di negara itu untuk bertanyakan permasalah yang dihadapi. Tindakan yang sama turut diambil pihak Huawei di sana dimana tawaran peranti baharu juga akan diberikan. Dia juga menyarankan, jika pusat servis ingin membaiki peranti, pengguna ada hak untuk menolak dan meminta peranti yang baharu.

Setakat artikel ini ditulis, tiada laporan isu skrin hijau untuk para pengguna Huawei Mate 20 Pro di Malaysia. Jika ada, kongsikan masalah ini di ruangan komen kami.

Anda kini sudah boleh memiliki Huawei Mate 20 dan Mate 20 Pro:

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend