Peranti Apple Akan Menerima iOS 12 Bermula Minggu Depan – 17 September 2018 Comments Off on Peranti Apple Akan Menerima iOS 12 Bermula Minggu Depan – 17 September 2018

iOS 12 sebelum ini telahpun diumumkan secara rasmi di dalam acara WWDC 2018 yang berlangsung pada awal bulan Jun yang lalu. Melalui kemas kini terbaharu ini, Apple bukan sahaja menawarkan penambahbaikan terhadap aplikasi serta fungsi sedia ada pada iOS 11, tetapi ia juga menjanjikan prestasi pengoperasian untuk model iPhone yang lebih lama.

Baca juga: Ketahui 13 Fungsi Baharu Yang Telah Diperkenalkan Dalam iOS 12…

Selain mengumumkan kemunculan model terbaharu seperti iPhone XR, iPhone Xs, iPhone Xs Max dan juga Apple Watch Series 4, Apple juga turut mengesahkan tarikh rasmi ketersediaan kemas kini iOS 12. Tanpa perlu menunggu lama, kemas kini baharu itu dikatakan akan mula ditawarkan seawal minggu depan iaitu pada 17 September 2018.

Lebih menariknya, bagi pemilik peranti Apple yang sudah tidak sabar-sabar untuk mencuba kemas kini terbaharu ini, versi GM (Golden Master) untuk iOS 12 sudahpun boleh dimuat turun mulai hari ini.

Senarai peranti Apple yang menyokong iOS 12:

  • iPhone X
  • iPhone 8 dan 8 Plus
  • iPhone 7 dan 7 Plus
  • iPhone 6s dan 6s Plus
  • iPhone 6 dan 6 Plus
  • iPhone SE
  • iPhone 5s
  • iPad Pro (9.7″, 10.5″ dan 12.9″)
  • iPad (2018)
  • iPad (generasi kelima)
  • iPad Air dan iPad Air 2
  • iPad mini 2, 3 dan 4
  • iPod touch (generasi keenam)
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend