Peranti Android Bakal Menerima Kemas Kini Chrome Dengan Fungsi ‘Picture-in-Picture’ Comments Off on Peranti Android Bakal Menerima Kemas Kini Chrome Dengan Fungsi ‘Picture-in-Picture’ 501

Pengguna aplikasi Chrome pada peranti Android dilaporkan bakal menerima kemas kini baharu yang menampilkan sokongan fungsi ‘Picture-in-Picture’ (PiP) pada masa akan datang, sama seperti yang disokong pada pelayar Internet Chrome pada desktop.

Contoh fungsi ‘PiP’ pada Chrome di desktop.

Perkara ini telah didedahkan oleh portal techdows melalui penemuan fungsi itu di dalam versi Chrome Canary yang boleh diaktifkan secara manual, tetapi buat masa ini dikatakan masih belum dapat digunakan. Melalui sokongan PiP pada aplikasi Chrome, anda boleh memainkan video seperti YouTube untuk dimainkan di dalam tetingkap yang berasingan.

Buat masa ini masih belum ada pengumuman rasmi berhubung ketersediaan fungsi PiP pada aplikasi Chrome, dan ia kini masih lagi sedang diuji di dalam Chrome Canary versi terkini.

Cara mengaktifkan fungsi PiP pada aplikasi Chrome di dalam peranti Android:

  1. Aktifkan aplikasi Chrome Canary pada peranti Android anda, dan taip ‘chrome://flags’ di ruangan carian.
  2. Pada ruangan carian, taip ‘Picture’ untuk memaparkan keputusan carian untuk fungsi Picture in Picture Web API, dan klik ‘Enabled’.
  3. Tutup aplikasi Chrome Canary dan aktifkannya semula seperti biasa.
  4. Kini fungsi itu telah diaktifkan, tetapi buat masa ini fungsi itu masih lagi belum boleh digunakan.

Tonton video demonstrasi ‘PiP’ pada Chrome:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend