[Peraduan] Menangi Huawei P30 Pro Dengan Meneka Harga Jualan Rasmi P30 dan P30 Pro Comments Off on [Peraduan] Menangi Huawei P30 Pro Dengan Meneka Harga Jualan Rasmi P30 dan P30 Pro

Sementara menantikan majlis pelancaran rasmi siri Huawei P30 di Malaysia yang akan berlangsung pada 2 April 2019 (Selasa) nanti, Huawei Malaysia telah menganjurkan satu pertandingan di laman Facebook rasminya.

Apa yang anda perlu lakukan adalah meneka harga jualan rasmi untuk Huawei P30 dan juga Huawei P30 Pro (8GB + 256GB), dan pemenang bertuah yang berjawab menjawab dengan tepat akan memenangi satu (1) unit Huawei P30 Pro. Pertandingan ini bermula hari ini jam 11 pagi (30 Mac 2019) hingga 1 April 2019 (11.59 malam).

Cara menyertainya:

  1. Like laman rasmi Facebook Huawei Mobile MY di https://www.facebook.com/HuaweimobileMY/
  2. Like, Share, dan Tag tiga (3) orang rakan Facebook anda di perkongsian Facebook berikut
    https://www.facebook.com/215005021861022/posts/2515864675108367/ (pastikan set akaun Facebook anda ke ‘Public’)
  3. Teka harga jualan untuk model Huawei P30 Pro (8GB + 256GB) dan juga Huawei P30 dalam RM (Ringgit Malaysia) dalam ruangan komen di perkongsian tersebut.
  4. Pastikan anda sentiasa menghantar jawapan tersebut di ruangan komen kerana komen terakhir dengan jawapan yang betul akan diumumkan sebagai pemenang.
  5. Pengumuman pemenang akan dibuat di Facebook Huawei Mobile MY, dan pemenang yang terpilih dikehendaki berkongsi butiran lanjut melalui mesej peribadi untuk tujuan pengambilan hadiah.

Untuk pengetahuna anda, harga jualan siri Huawei P30 sebelum ini telahpun diumumkan untuk pasaran di Eropah seperti berikut:

  • Huawei P30 → €799 (kira-kira RM3,668)
  • Huawei P30 Pro (8GB + 512GB) → €1,249 (kira-kira RM5,741)
  • Huawei P30 Pro (8GB + 256GB) → €1,099 (kira-kira RM5,052)
  • Huawei P30 Pro (8GB + 128GB) → €999 (kira-kira RM4,592)

Berikut adalah senarai harga untuk peranti siri Huawei P sebelum ini, untuk dijadikan sebagai panduan anda dalam meneka harga jualan Huawei P30 dan Huawei P30 Pro (8GB + 256GB):

Siri Huawei P10:

  • Huawei P10 → €649 (kira-kira RM2,975) – harga rasmi di Malaysia RM2,499
  • Huawei P10 Plus → €699 (kira-kira RM3,204) – harga rasmi di Malaysia RM3,099

Siri Huawei P20:

  • Huawei P20 → €649 (kira-kira RM2,975) – harga rasmi di Malaysia RM2,599
  • Huawei P20 Pro → €899 (kira-kira RM4,121) – harga rasmi di Malaysia RM3,299

Baca juga:

Sarung Ini Mampu Menawarkan Pengecasan Tanpa Wayar Pada Huawei P30

Huawei P30 Pro Mungkin Berharga Kurang Daripada RM3400, Sementara P30 Kurang Daripada RM2500

Koleksi Hasil Gambar Menggunakan Lensa SuperZoom Sehingga 50x Zum Digital Pada Huawei P30 Pro

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend