Penyelidik Mendedahkan Cahaya Biru Daripada Telefon Dan Tablet Mampu Mempercepatkan Risiko Buta Comments Off on Penyelidik Mendedahkan Cahaya Biru Daripada Telefon Dan Tablet Mampu Mempercepatkan Risiko Buta

Sebelum ini kami pernah berkongsi artikel berhubung cahaya biru dengan lebih jelas, malah kami juga ada mendedahkan bahawa cahaya biru yang dihasilkan oleh skrin telefon pintar dan tablet boleh meningkatkan risiko kanser prostat dan juga payudara.

Nampaknya baru-baru ini ada satu lagi penyelidikan yang melaporkan bahawa cahaya biru daripada telefon pintar dan juga tablet boleh mempercepatkan risiko untuk buta. Menurut penyelidikan yang dibuat di Universiti Toledo, pendedahan yang terlalu lama terhadap cahaya biru yang dihasilkan oleh telefon pintar, tablet dan juga televisyen, terutamanya di dalam gelap mampu merosakkan penglihatan.

Berdasarkan daripada kajian yang dibuat, penyelidik telah mendedahkan sel hidup di bawah pelbagai jenis cahaya, dan mereka mendapati bahawa cahaya biru akan memberi reaksi untuk menghasilkan molekul kimia beracun dalam sel photoreceptor (sel sensitif cahaya) yang terdapat dalam retina mata.

Penyakit mata seperti degenerasi (kemorosotan) makula yang disebabkan oleh kemerosotan sel sensitif cahaya dalam retina ini secara tidak langsung boleh menyebabkan risiko buta. Brightfocus Foundation yang merupakan pertubuhan bukan kerajaan turut mengeluarkan laporan yang mendedahkan seramai 11 juta penduduk di Amerika Syarikat mengalami masalah degenerasi makula setakat ini, dan ia dijangka akan terus meningkat berkali ganda menjelang 2050 nanti.

Salah seorang daripada penyelidik di Universiti Toledo iaitu Dr. Ajith Karunarathe turut menyarankan orang ramai supaya memakai cermin mata yang mampu menapis cahaya UV dan cahaya biru apabila berada di luar rumah, dan elakkan penggunaan telefon pintar, tablet mahupun televisyen di dalam gelap.

Bagi kami sendiri, pengaktifan mod khas untuk menapis cahaya biru yang tersedia pada telefon pintar seperti Blue light filter, Eye Comfort, Read mode, True Tone dan sebagainya perlulah diaktifkan terutamanya pada waktu malam.

Baca juga:

Cahaya Biru Dari Skrin Telefon Pintar Boleh Meningkatkan Risiko Kanser Prostat Dan Payudara

Cahaya Biru Dari Skrin Telefon Pintar Boleh Meningkatkan Risiko Kanser Prostat Dan Payudara

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend