Penumpang Akan Dikenakan Saman RM300 Jika Tidak Memakai Tali Pinggang Tempat Duduk Belakang Comments Off on Penumpang Akan Dikenakan Saman RM300 Jika Tidak Memakai Tali Pinggang Tempat Duduk Belakang

Undang-undang yang mengkehendaki penumpang tempat duduk belakang untuk memakai tali pinggang keselamatan telahpun diperkenalkan sejak tahun 2009 lagi. Namun sehingga kini ramai di kalangan rakyat Malaysia dilihat tidak begitu peka dengan arahan tersebut.

Melalui perkongsian di laman rasmi Facebook Polis Diraja Malaysia, undang-undang terhadap pemakaian tali pinggang tempat duduk belakang akan akan dikuatkuasakan bermula tahun ini. Saman sebanyak RM300 akan dikenakan terhadap penumpang berusia 17 tahun dan ke atas.

Penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) juga telah dikuatkuasakan pada 1 Januari 2020 dan tindakan penguatkuasaan akan dibuat selepas tempoh enam bulan perlaksanaan.

Manakala untuk kanak-kanak atau remaja di bawah usia 17 tahun yang tidak memakainya pula akan membuatkan pemandu disaman sebanyak RM300. Walaupun undang-undang ini sudah lama diwajibkan, tahun ini aspek penguatkuasaan akan dijalankan dengan lebih serius bermula tahun 2020.

Kaedah ini mula berkuatkuasa ke atas semua jenis kenderaan termasuk penumpang kenderaan awam seperti bas, kecuali kenderaan-kenderaan seperti berikut:

  1. Kenderaan yang didaftarkan sebelum 1 Januari 1995.
  2. Kenderaan yang didaftarkan pada dan selepas 1 Januari 1995, tetapi tidak dilengkapi dengan penambat binaan dalam (rear anchorage points).
  3. Kenderaan yang mempunyai lebih dari 8 tempat duduk tidak termasuk tempat duduk pemandu; dan
  4. Kenderaan barangan yang mempunyai had muatan barangan (BDM) melebihi 3.5 tan.

sumber 1, sumber 2

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend