Pentagon Melarang Penjualan Peranti Huawei Dan ZTE Di Dalam Pangkalan Tentera Amerika Syarikat Di Seluruh Dunia Comments Off on Pentagon Melarang Penjualan Peranti Huawei Dan ZTE Di Dalam Pangkalan Tentera Amerika Syarikat Di Seluruh Dunia

Jika sebelum ini pentadbiran Trump telah menasihatkan pengguna dan juga telco di Amerika Syarikat (AS) untuk tidak membeli atau menjual peranti yang dihasilkan oleh Huawei dan ZTE di negara itu, kini kerajaan AS dilihat cuba mengambil pendekatan yang lebih tegas untuk menyekat penjualan peranti yang dihasilkan dari negara China itu.

Berdasarkan laporan yang didedahkan oleh The Wall Street Journal (WSJ), Pentagon telah mengarahkan sekatan serta larangan jualan telefon pintar yang dihasilkan kedua-dua jenama tersebut dari dijual di dalam pangkalan tentera AS di seluruh dunia. Langkah ini diambil serta-merta kerana ia dilihat berpotensi untuk mengancam keselamatan di negara itu.

 

Menurut jurucakap Pentagon, penggunaan telefon pintar dari dua jenama itu dikhuatiri boleh memberi akses kepada China untuk mengesan kedudukan tentera dan dalam masa yang sama mengumpul data mengenai operasi asas, gerakan tentera, serta perhimpunan. Namun begitu, Huawei telah memaklumkan kepada WSJ bahawa kerajaan China tidak pernah meminta mereka untuk mengintip atau mensabotaj negara lain melalui akses pada telefon pintar.

Huawei yang merupakan pembuat telefon pintar ketiga paling besar selepas Samsung dan Apple, sebelum ini telah cuba menembusi pasaran AS pada tahun ini. Namun begitu hasrat mereka terpaksa dibatalkan selepas telco AT&T dan Verizon membatalkan kemasukan jenama itu selepas menerima campur tangan kerajaan AS.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend