Penjual Tempatan Mula Menawarkan Redmi 8A Dengan Bateri 5000mAh Dan Pengecasan Pantas 18W Comments Off on Penjual Tempatan Mula Menawarkan Redmi 8A Dengan Bateri 5000mAh Dan Pengecasan Pantas 18W

Pertengahan bulan Oktober yang lepas, Xiaomi Malaysia baru sahaja mengumumkan ketersediaan jualan model Redmi 8 secara rasmi di negara ini pada harga bermula daripada RM499. Kini peminat siri Redmi sudah boleh memiliki satu lagi model bajet keluaran Xiaomi iaitu Redmi 8A apabila terdapat penjual tempatan yang sudah mula menjual model ini.

Berdasarkan perkongsian Facebook, Satu Gadget kini telah mula menjual Redmi 8A pada harga RM459 untuk varian 2GB + 32GB. Tersedia dalam tiga warna pilihan iaitu Midnight Black, Ocean Blue dan juga Sunset Red, ia turut menerima jaminan waranti satu tahun daripada Xiaomi Malaysia.

Redmi 8A menyokong spesifikasi yang hampir sama seperti Redmi 8 iaitu dikuasakan dengan Snapdragon 439, bateri 5000mAh dengan pengecasan pantas 18W, dan juga paparan skrin 6.22 inci HD+ (1520 x 720 piksel). Namun begitu keupayaan kamera utamanya hanya tersedia dengan satu lensa beresolusi 12MP (f/1.8).

Spesifikasi Redmi 8A:

  • MIUI 10 (Android 9.0 Pie)
  • Qualcomm Snapdragon 439 (12nm)
  • 2GB + 32GB / 3GB + 32GB
  • 6.22 inci IPS LCD HD+ (1520 x 720 piksel)
  • Corning Gorilla Glass 5
  • Kamera utama: 12MP (f/1.8)
  • Kamera depan: 8MP (f/2.0)
  • 5000mAh (18W)
  • Tiga slot kad (SIM 4G + SIM 4G + microSD)
  • Ambient light sensor, Proximity sensor, Electronic compass, Accelerometer
  • WiFi 802.11n (2.4GHz), Bluetooth v4.2, USB Type-C

sumber

Baca juga:

Redmi 8 Dengan Pengecasan Pantas 18W Akan Dijual Pada 12 Oktober 2019 Dengan Harga Bermula RM499

Redmi 8 Dan Redmi 8A Disahkan Menyokong Fungsi Khas Untuk Singkirkan Habuk Pada Speaker

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend