Penguji Beta Untuk Xiaomi Mi Box Mula Terima Kemas Kini Android Oreo Comments Off on Penguji Beta Untuk Xiaomi Mi Box Mula Terima Kemas Kini Android Oreo

Buat masa ini, Nexus Player yang diperkenalkan oleh Google merupakan satu-satunya set Android TV yang menerima kemas kini Android Oreo. Malah NVIDIA Shield TV yang sangat popular di pasaran masih lagi dilihat menunda penerimaan kemas kini tersebut berikutan isu terdapat banyak aplikasi yang masih belum dikemaskinikan.

Baru-baru ini seorang pengguna di Reddit telah berkongsi bahawa Xiaomi Mi Box miliknya sudahpun mula menerima kemas kini Android Oreo. Kemas kini terbaru yang disediakan untuk penguji beta ini dilihat menyokong security patch bertarikh 1 April 2018 dan setakat ini pengguna itu tidak pula mendedahkan fungsi baharu yang disokong pada versi terbaru ini. Apa yang pasti, kemas kini Android Oreo ini dipercayai akan mengatasi isu audio sebelum set Android TV disambungkan ke alat kawalan Bluetooth.

Xiaomi Mi Box sebelum ini menyokong Android Marshmallow dan ia tidak menerima kemas kini Android Nougat, sebaliknya terus menerima versi yang lebih terkini iaitu Android Oreo. Melalui penerimaan versi beta ini, tidak mustahil pemilik Xiaomi Mi Box yang lain akan turut menerima kemas kini terbaru ini tidak lama lagi.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend