
Isu berhubung sensor pengimbas cap jari pada Nokia 9 PureView sebelum ini bukanlah sesuatu yang baru kerana ramai di antara pemilik peranti ini telah berkongsi tentang isu sensor pengimbas cap jari yang tidak sensitif. Berikutan daripada isu tersebut, HMD Global telah mengumumkan ketersediaan kemas kini baharu untuk mengatasi isu yang dihadapi.
We are rolling out a software update to your Nokia 9 Pureview. Kindly re-enroll your finger print for best experience. While update is staged it is available in most markets already. #nokia9pureview 📷📷📷📷📷
— Juho Sarvikas (@sarvikas) April 19, 2019
Namun begitu terdapat segelintir daripada pengguna yang telah memasang kemas kini itu telah memaklumkan bahawa peranti mereka berhadapan dengan isu yang lebih besar. Ini kerana Nokia 9 PureView milik mereka boleh diakses oleh individu lain walaupun cap jari yang digunakan untuk mengakses peranti itu tidak didaftar.
Here is my Nokia 9 Fingerprint sensor issue, phone can be unlocked using a chewing gum packet or someone else's finger. Even unlocked with a coin or leather gloves. Please do help me get my Nokia 9 sorted. pic.twitter.com/Thce3nB2fr
— Decoded Pixel (@decodedpixel) April 21, 2019
Lebih memburukkan keadaan, sensor pengimbas cap jari di dalam skrin Nokia 9 PureView yang telah dikemaskini itu juga boleh diakses dengan mudah menggunakan objek lain, termasuklah pembalut gula-gula getah, duit syiling mahupun sarung tangan kulit. Walaupun Nokia telah mencadangkan agar mendaftar semula cap jari untuk mengatasi isu itu, ia dilihat masih tidak menyelesaikan masalah itu.
Baca juga:
Nokia 9 PureView Kini Rasmi – 5 Kamera Belakang ZEISS, Paparan pOLED 5.99″ QHD+