Penghawa Dingin Pintar Xiaomi Mijia Boleh Dihidupkan Dari Luar Rumah Comments Off on Penghawa Dingin Pintar Xiaomi Mijia Boleh Dihidupkan Dari Luar Rumah

Xiaomi bukan sahaja tertumpu pada penghasilan telefon pintar, tetapi mereka juga mengeluarkan peralatan elektrik rumah dan yang terkini penghawa dingin pintar berjenama Mijia. Jenama Mijia dibangunkan oleh syarikat Zhumi yang dimiliki Xiaomi. Peningkan banyak sangat nama.

Penghawa dingin pintar ini direka dengan bentuk bersegi dan hadir dengan paparan kawalan LED pada kotak panel. Bahan plastik ABS anti-UV ini sememangnya mampu bertahan dibawah sinaran matahari daripada ia menjadi kuning. Rekaan ini juga telah memenangi anugerah emas Good Design 2017.

Mijia Smart Air Conditioner mengeluarkan udara dingin berkuasa 1.5HP yang dibantu kompresor DC inverter untuk penjimatan tenaga. Selain daripada mengeluarkan udara dingin, ia juga boleh digunakan sebagai pemanas dengan motor 900W. Bagi menyalurkan udara yang bersih ke dalam rumah, Xiaomi telah menyumbat corong udara penghawa dingin ini dengan penapis udara anti-bakteria.

Penghawa dingin Mijia mampu menyejukkan ruang bilik sebesar 16 hingga 21 meter persegi menggunakan kadar kuasa sebanyak 1,700W. Sementara untuk memanaskan ruang bilik ia mampu mencapai sehingga 18 ke 23 meter persegi. Untuk mengawal penghawa dingin ini, pengguna boleh gunakan aplikasi Mi Home dari dalam atau luar rumah.

Xiaomi Mijia Smart Air Conditioner dijual di China dengan tanda harga CNY2,199 atau kira-kira RM1,318 seunit.

Melalui

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend