Penghantaran Global Jam Pintar Meningkat 42%, Apple Mendahului Carta Comments Off on Penghantaran Global Jam Pintar Meningkat 42%, Apple Mendahului Carta 258

Data terbaru dari Strategy Analytics menunjukkan penghantaran global untuk jam pintar telah meningkat kepada 42% setakat suku ketiga tahun ini. Sebanyak 14 juta jam pintar telah diedarkan – meningkat 4 juta unit berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Sama seperti tahun 2018, tahun ini Apple masih lagi menjadi pengeluar terbesar dengan perkongsian pasaran sebanyak 47.9%, diikuti Samsung 13.4%, Fitbit 11.3% dan bakinya dari lain-lain syarikat. Apple berjaya menghantar 6.8 juta unit jam pintar sejak Apple Watch Series 4 dilancarkan.

Google turut merancang mahu memanfaatkan ekosistem jam pintar Fitbit pada masa hadapan. Walaupun Samsung dilihat telah mula menunjukkan pertumbuhan yang baik, ia masih gagal menandingi angka yang dicapai Apple – walaupun jika bergabung dengan Fitbit.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend