Penggunaan Peralatan 5G Huawei Merupakan Risiko Terkawal, Dakwa Risikan British Comments Off on Penggunaan Peralatan 5G Huawei Merupakan Risiko Terkawal, Dakwa Risikan British 723

Hari ini pihak risikan British telah menyimpulkan bahawa penggunaan peralatan rangkaian 5G yang dibangunkan oleh Huawei sebenarnya masih boleh dikawal risikonya. Menurut Financial Times, Pusat Keselamatan Siber Nasional (NCSC) di UK, telah berkongsi bahawa ada cara yang boleh diambil untuk mengurangkan risiko ancaman keselamatan siber melalui penggunaan peralatan 5G Huawei.

Penemuan yang tidak didedahkan kepada umum ini telah dibuat selepas kontroversi yang dicetuskan oleh AS dalam usahanya untuk meyakinkan negara lain untuk menghalang penggunaan peralatan rangkaian yang dibangunkan oleh Huawei kerana ia dikatakan membantu kerajaan China untuk menjalankan intipan atau sabotaj siber.

Walaupun Agensi Keselamatan Negara AS telah berkongsi maklumat berhubung usaha untuk mengharamkan penggunaan peralatan rangkaian 5G Huawei, beberapa negara Eropah seperti UK dan Jerman merasakan bahawa langkah itu adalah tidak diperlukan.

Pada tahun lepas, Australia dan New Zealand telah mengharamkan penggunaan peralatan 5G yang dibangunkan oleh Huawei di negara terbabit. Manakala Kanada yang merupakan salah satu ahli persekutuan perisikan ‘Five Eyes’ yang berkongsi data perisikan masih lagi belum membuat sebarang keputusan berhubung perkara ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend