
“Ditinggalkan berseorangan di rumah pada waktu malam, so nak hilangkan rasa sunyi terpaksa la melayan TV di ruang tamu… Tengah sedap melayan sekali ada bunyi wanita ketawa dari dalam bilik…”
Situasi sebegini memang mengundang pelbagai persoalan… Tiada orang di rumah jadi dari mana pula datangnya bunyi wanita ketawa tu?! Insiden sebegini rupanya telah banyak dilaporkan berlaku pada pemilik peranti dengan sokongan pembantu digital yang diperkenalkan oleh Amazon iaitu Alexa.
So Alexa decided to laugh randomly while I was in the kitchen. Freaked @SnootyJuicer and I out. I thought a kid was laughing behind me. pic.twitter.com/6dblzkiQHp
— CaptHandlebar (@CaptHandlebar) February 23, 2018
Berdasarkan kepada laporan yang telah dibuat, Alexa dikatakan telah ketawa secara tiba-tiba walaupun ia tidak diaktifkan oleh mereka. Malah ramai di antara pengguna yang terlibat telah menyuarakan rasa seram mereka apabila berhadapan dengan situasi tersebut apabila pertama kali ia berlaku. Menurut mereka, ia kedengaran seperti suara manusia sebenar dan berbeza dengan bunyi ketawa yang telah diprogramkan pada Alexa.
Amazon dikatakan telah menyedari isu yang dihadapi oleh pengguna dan kini sedang berusaha untuk mencari penyelesaian misteri itu.